Wednesday, September 15, 2010

Keindahan Alam Ciptaan Allah

KUATKAN SEMANGAT / KEKUATAN DALAMAN

1. Solat sunat Taubat pada setiap hari.

2. Memohon keampunan dari Allah dengan sebenar-benar taubat.

3. Memaafkan dan sedia memaafkan orang lain.

4. Kerap melakukan Qiamullail (Kalau boleh pasa setiap malam).

* Insya Allah, jiwa kita akan menjadi tenang serta dalaman diri kita akan menjadi kuat sebagai seorang Islam.

MERAWAT SENDIRI ANAK DEGIL

1. Baca Al-Fatihah sebanyak 70 kali sehari selama 7 hari berturut-turut. Dibacakan pada beras atau air minuman.

2. Bacaan 70 kali sehari ini boleh disambung-sambung iaitu Subuh 10 kali, Zohor 15 kali, Asar 15 kali, Maghrib 15 kali dan Isyak 15 kali.

3. Selepas cukup 7 hari berturut-turut dan dibacakan pada beras atau air tersebut, beri anak kita minum air tersebut atau beras tersebut di masak dan diberi makan pada anak kita. Insya Allah anak-anak kita akan mendengar cakap kita.

* Sumber, ceramah motivasi untuk anak-anak Ustaz Kazim bin Elias.