BAB AIR MUTLAK/MUTANAJIS
1. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah Tuhan sekelian alam serta selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarganya serta sahabat-sahabatnya.
2. Kebanyakkan dalam kitab-kita fekah, bab taharah (bersuci) adalah bab yang mula-mula sekali dibincangkan. Tanpa bersuci dengan betul, maka ia boleh menyebabkan ibadat kita menjadi tidak sah.
3. Suatu perkara yang ingin dibincangkan dalam ruangan ini adalah bab air mutlak dan air mutanajis.
4. Air mutlak adalah air yang suci lagi menyucikan. Contoh air mutlak adalah air sungai, air hujan, air laut serta air yang bertakung yang melebihi 2 kolah. Bagi air mutanajis pula adalah air yang bercampur dengan najis bagi air bertakung yang tidak melebihi 2 kolah walau pun tidak berubah warnanya, baunya dan rasanya. Bagi air bertakung yang melebihi 2 kolah, air tersebut masih lagi menjadi air mutlak jika sekiranya air tersebut tidak berubah dari segi warnya, rasanya serta rasanya.
5. Apa yang dibincangkan di sini adalah, di rumah kita sekarang ini terutamanya rumah-tumah flat, apartment mahupun di rumah teres, kebanyakan kolah yang disediakan di dalam bilik mandi berukuran adalah kurang dari 2 kolah. Jadi, apabila air kolah tersebut bercampur dengan tahi cicak, maka air kolah tersebut telah pun menjadi air mutanajis. Oleh yang demikian, jikalau air kolah tersebut kita buat mandi atau mengambil wuduk, maka sebenarnya kita mandi atau mengambil wuduk menggunakan air bernajis. Jadi apabila, kita solat maka menyebabkan solat kita tidak sah dan silap-silap kita berdosa disebabkan kita telah pun tahu air kolah tersebut telah pun menjadi air mutanajis.
6. Kesimpulan dari perbincangan ini adalah, sila pastikan air kolah di rumah kita yang tidak cukup ukuran 2 kolah tidak bercampur dengan najis seperti tahi cicak dan sebagainya samada dengan menutup kolah tersebut dan sebagainya. Ini adalah bagi memastikan bahawa segala urusan kita di rumah tidak menggunakan air yang bercampur dengan najis seperti mandi, membasuh pakaian, membasuh pinggan mangkuk, mengambil wuduk, mandi junub dan sebagainya sebagainya. Ini adalah penting bagi memastikan ibadat kita diterima Allah s.w.t serta memastikan bahawa kita sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dari segi syarak.
* Rujukan Kitab Muhimmah.